Thursday 23 January 2014

PAVLOVA??? yummehhh..

assalamualaikum..

haaa... nampak tak ape itu?? haha


entry kali nie kte nak cite pasal PAVLOVA. why pavlova?? sobab hari tu mood kte rajin nak membuat pavlova tu sendiri.. kte ulang balik okay! SENDIRI!!! haha.. sebab kte dah lama gila nak makan pavlova. asal pegi kedai kek pastu tanya kat orang tu mesti jawapan nyer "kami tak buat lah dek". okay kecewa.. ada 1 instagram nie yang jual pavlova. cer korang search miraaziran kat IG. penah laa jugak wassap2 dia tanya macam mana nak beli. sebab tergugat gila okay tengok pavlova yg dia buat tuh! ramai jugak artis2 yang bila kat mira nie haa. tak caya pergi cari dia kat INSTAGRAM! akan tetapi tempat nak amek pavlova nie jauh! terpaksa lupakan hasrat nak beli secara online. last2 mintak lah permission kat MADAM BESAR (mama) untuk buat. naseb baik di luluskan tau. haha

laju2 jer hari tu g lari kat GIANT beli bahan2 nak buat. semangat gila okay nak buat. siap seret (angkut) sekali anak buah kte yg 1st tu utk teman kan kte cari barang.

dia nie kalau ajak jalan laju ajer.. tak penah nak kata TANAK IKOT LAH ~ haha

sebelum nak buat nie. banyak gak kte buat reseach pasal pavlova. yelaa den nie bukan nyer reti masak. (pengakuan jujur nie!) buat2 sekali TAK JADI tak ker hampe jer rasa nyer. so kene lah buat homework dulu. sehari semalam gak lah. last2 terjumpa kat 1 blog nie yg dia tunjukkan cara untuk buat pavlova nie seketul seketul siap ada gambar. haaa, acamtu laaa!!!! baru laaa den yg lombab nie sonang paham.

sudah2. meh kte bagi tahu macam mana cara2 kte buat. kalau tanak tahu tayah rajin sangat nak dok scroll sampai ker bawah yea anak anak! haha


okay nie bahan2 nak buat "meringue" untuk pavlova nie :

4 biji telur putih sahaja!
3/4 cawan gula kastor
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh cuka makanan
1 sudu teh esen vanilla

so nie jelaa bahan2 untuk buat merenggiu (meringue) dia. sonang ker tidak..???

ramai yang memberi pesanan penaja yang mengatakan bahawasanyer stand mixer korang2 tuh harus laa berada di dalam keadaan yang bersih daripada sebarang kekotoran yang degil mahu pon yang baik.. better korang lap2 lah dulu yea bekas stand mixer korang sebelum nak memukul telur. dan lagi satu masa nak asingkan putih telur dengan kuning telur tu elok2 sikit. jangan sampai ada kuning telur tu walau sedikit pon yea. nanti kang korang2 pulak yang mereng sebab step yg pertama nak buat pavlova nie tak menjadi.. huehue ~


cara - cara nak membuat nyer :



first of all pukul lah dulu putih telur tu sampai dia berbuih buih yea!

kemudian masukkan 3/4 cawan gula kastor tuh sikit2 sampai lah gula tuh habis. jangan masukkan semua sekali gus gula kat dalam tu dengan alasan malas nak tunggu lama2. tak jadi nanti baru tahu!


so korang pukul lah dia sampai jadi cantik berkilat-kilat macam nie haa. kalau korang nak tahu meringue nie jadi ataupun tak. korang cer tonggengkan bekas tuh. kalau tak jatuh tuh maksud nyer jadi laa tuh ekk.. ada paham tak nie? lepas korang dah tonggang tebalik kan dia dan hasil nyer menjadi. tayah dah nak guna stand mixer tuh lagi.. guna kuderat memasing pulak naa ~ 


seterusnya campakkan tepung jagung, cuka dan jugak esen vanilla kat dalam tu dan kacaulah guna spatula ekk. jangan guna senduk asam pedas pulak sudah. pedas laa korang punyer pavlova nanti.


sekarang nie dah boleh laa letakkan meringue korang ke dalam loyang.
part yang ini ikut lah cita rasa memasing. nak buat bentuk love ker.. bulat besar terus ker. tedy bear ker pon boleh.. ikot laa creativity masing2. macam kte better lah buat kecik2 camnie. amek seketul terus ngap masuk mulut. sonang! 

suhu dia lupa pulak nak bagi tahu!
panaskan oven korang dengan suhu 150C dalam 15 minit cenggitu. lepastu turunkan lah suhu tu ker 140C. kata orang yang kita amek recipe kat internet tu, kalau nak bakar benda alah nie amek lah dalam masa sejam camtu. tapi bagi kte pulak tayah laa lelama sangat. jadi memang jadi. tapi nanti dia macam over cook dan terlalu garing pulak. sedap memang sedap tapi akan lagi best kalau dia lembut jer dan kte boleh makan guna sudu. dah kalau garing sangat makan jela guna tangan. haha. tapi korang intai2 lah cikit, agak2 dia dah tuka warna kekuningan tu cer pegang. kalau dah lembut tu kire dah okay laa tuh. lembut okay bukan cair lagi. kalau still cair biarkan lah dulu dia kat oven.


misi belom habis lagi. cream untuk pakaikan dia topeng masih tak buat lagi yea!

yang ini paling senang dan kte buat TAKJADI!!!! hahaha.. sakit tau hati bila bahagian meringue tu jadi tapi part topeng dia cam hampagas!

cara2 nyer korang just pukul whipping cream tu sampai dia kental.
just pukul whipping cream okay! tak payah nak tambah apa2 dalam whipping cream tu. sebab kte ada tanya kat kembar (bestfriend) dia nie memang pakar bab buat2 kuih. mana tak nyer dia nie memang sambung study ambil kos kulinari pulak! katanyer whipping cream nie biasanyer dah manis! so tayah laa tambah gula sume tuh.


nie laa rupa whipping cream yg kta beli dan buat2 tak jadi! sobs ~
kembar kuh kata mybe sebab kte pukul whipping cream tu terlebih sangat kot.
sebab nyer mula2 masa pukul2 tu macam nak jadi. kte biarkan jelaa stand mixer tuh dok pukul2 cream tu kan. lama2 dia keluar air dan berketul-ketul. so campakkan jelaa kat dalam tong sampah citenyer.

still tak putus asa lagi tau! sanggup keluar time2 tu jugak untuk cari whipping cream yg dah siap! haa sonang kerja kte. tinggal spray jer whipping cream tu kat atas meringue. dah siap!

dan hasilnya :


TADAAAAA ~

kan dah siap. bab buah tu ikot suka hampa lah ekk nak letak buah apa2 pon. kte just letak dua buah tu jelaa.. pon dah sedap gila! pestaim buat dan BERJAYA!!! happy gilaa okay. pagi buat petang tu jugak dah habis.. anak2 buah kte bukan main suka lagi siap request soh kte buatkan lagi pavlova nie.

macam nie jela rupa anak2 buah kte makan. dorang tak suka buah yg masam2..
rasa meringue tu yg paling BEST. just makan macam tu jadikan keropok pon sedap. haha

so korang2 yg belom penah try buat pavlova nie sendiri boleh laa try. selalu kalau beli mesti manis tahap nak kena potong kaki punyer kan? kalau buat sendiri korang boleh ikut kehendak dan nafsu korang. macam kte kureng laa kalau terlalu manis. so kte kurang kan sikit gula yg 3/4 cawan tu ker setengah cawan sahaja. itu pon dah manis tahap sweet2 jer tade macam rasa nak kene potong kaki. tamoh laa sampai camtu. kaki nie nak guna seumur hidup oii.. sayangi lah kaki anda wahai korang2 semua. haha

okbye!