Thursday 23 January 2014

PAVLOVA??? yummehhh..

assalamualaikum..

haaa... nampak tak ape itu?? haha


entry kali nie kte nak cite pasal PAVLOVA. why pavlova?? sobab hari tu mood kte rajin nak membuat pavlova tu sendiri.. kte ulang balik okay! SENDIRI!!! haha.. sebab kte dah lama gila nak makan pavlova. asal pegi kedai kek pastu tanya kat orang tu mesti jawapan nyer "kami tak buat lah dek". okay kecewa.. ada 1 instagram nie yang jual pavlova. cer korang search miraaziran kat IG. penah laa jugak wassap2 dia tanya macam mana nak beli. sebab tergugat gila okay tengok pavlova yg dia buat tuh! ramai jugak artis2 yang bila kat mira nie haa. tak caya pergi cari dia kat INSTAGRAM! akan tetapi tempat nak amek pavlova nie jauh! terpaksa lupakan hasrat nak beli secara online. last2 mintak lah permission kat MADAM BESAR (mama) untuk buat. naseb baik di luluskan tau. haha

laju2 jer hari tu g lari kat GIANT beli bahan2 nak buat. semangat gila okay nak buat. siap seret (angkut) sekali anak buah kte yg 1st tu utk teman kan kte cari barang.

dia nie kalau ajak jalan laju ajer.. tak penah nak kata TANAK IKOT LAH ~ haha

sebelum nak buat nie. banyak gak kte buat reseach pasal pavlova. yelaa den nie bukan nyer reti masak. (pengakuan jujur nie!) buat2 sekali TAK JADI tak ker hampe jer rasa nyer. so kene lah buat homework dulu. sehari semalam gak lah. last2 terjumpa kat 1 blog nie yg dia tunjukkan cara untuk buat pavlova nie seketul seketul siap ada gambar. haaa, acamtu laaa!!!! baru laaa den yg lombab nie sonang paham.

sudah2. meh kte bagi tahu macam mana cara2 kte buat. kalau tanak tahu tayah rajin sangat nak dok scroll sampai ker bawah yea anak anak! haha


okay nie bahan2 nak buat "meringue" untuk pavlova nie :

4 biji telur putih sahaja!
3/4 cawan gula kastor
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh cuka makanan
1 sudu teh esen vanilla

so nie jelaa bahan2 untuk buat merenggiu (meringue) dia. sonang ker tidak..???

ramai yang memberi pesanan penaja yang mengatakan bahawasanyer stand mixer korang2 tuh harus laa berada di dalam keadaan yang bersih daripada sebarang kekotoran yang degil mahu pon yang baik.. better korang lap2 lah dulu yea bekas stand mixer korang sebelum nak memukul telur. dan lagi satu masa nak asingkan putih telur dengan kuning telur tu elok2 sikit. jangan sampai ada kuning telur tu walau sedikit pon yea. nanti kang korang2 pulak yang mereng sebab step yg pertama nak buat pavlova nie tak menjadi.. huehue ~


cara - cara nak membuat nyer :



first of all pukul lah dulu putih telur tu sampai dia berbuih buih yea!

kemudian masukkan 3/4 cawan gula kastor tuh sikit2 sampai lah gula tuh habis. jangan masukkan semua sekali gus gula kat dalam tu dengan alasan malas nak tunggu lama2. tak jadi nanti baru tahu!


so korang pukul lah dia sampai jadi cantik berkilat-kilat macam nie haa. kalau korang nak tahu meringue nie jadi ataupun tak. korang cer tonggengkan bekas tuh. kalau tak jatuh tuh maksud nyer jadi laa tuh ekk.. ada paham tak nie? lepas korang dah tonggang tebalik kan dia dan hasil nyer menjadi. tayah dah nak guna stand mixer tuh lagi.. guna kuderat memasing pulak naa ~ 


seterusnya campakkan tepung jagung, cuka dan jugak esen vanilla kat dalam tu dan kacaulah guna spatula ekk. jangan guna senduk asam pedas pulak sudah. pedas laa korang punyer pavlova nanti.


sekarang nie dah boleh laa letakkan meringue korang ke dalam loyang.
part yang ini ikut lah cita rasa memasing. nak buat bentuk love ker.. bulat besar terus ker. tedy bear ker pon boleh.. ikot laa creativity masing2. macam kte better lah buat kecik2 camnie. amek seketul terus ngap masuk mulut. sonang! 

suhu dia lupa pulak nak bagi tahu!
panaskan oven korang dengan suhu 150C dalam 15 minit cenggitu. lepastu turunkan lah suhu tu ker 140C. kata orang yang kita amek recipe kat internet tu, kalau nak bakar benda alah nie amek lah dalam masa sejam camtu. tapi bagi kte pulak tayah laa lelama sangat. jadi memang jadi. tapi nanti dia macam over cook dan terlalu garing pulak. sedap memang sedap tapi akan lagi best kalau dia lembut jer dan kte boleh makan guna sudu. dah kalau garing sangat makan jela guna tangan. haha. tapi korang intai2 lah cikit, agak2 dia dah tuka warna kekuningan tu cer pegang. kalau dah lembut tu kire dah okay laa tuh. lembut okay bukan cair lagi. kalau still cair biarkan lah dulu dia kat oven.


misi belom habis lagi. cream untuk pakaikan dia topeng masih tak buat lagi yea!

yang ini paling senang dan kte buat TAKJADI!!!! hahaha.. sakit tau hati bila bahagian meringue tu jadi tapi part topeng dia cam hampagas!

cara2 nyer korang just pukul whipping cream tu sampai dia kental.
just pukul whipping cream okay! tak payah nak tambah apa2 dalam whipping cream tu. sebab kte ada tanya kat kembar (bestfriend) dia nie memang pakar bab buat2 kuih. mana tak nyer dia nie memang sambung study ambil kos kulinari pulak! katanyer whipping cream nie biasanyer dah manis! so tayah laa tambah gula sume tuh.


nie laa rupa whipping cream yg kta beli dan buat2 tak jadi! sobs ~
kembar kuh kata mybe sebab kte pukul whipping cream tu terlebih sangat kot.
sebab nyer mula2 masa pukul2 tu macam nak jadi. kte biarkan jelaa stand mixer tuh dok pukul2 cream tu kan. lama2 dia keluar air dan berketul-ketul. so campakkan jelaa kat dalam tong sampah citenyer.

still tak putus asa lagi tau! sanggup keluar time2 tu jugak untuk cari whipping cream yg dah siap! haa sonang kerja kte. tinggal spray jer whipping cream tu kat atas meringue. dah siap!

dan hasilnya :


TADAAAAA ~

kan dah siap. bab buah tu ikot suka hampa lah ekk nak letak buah apa2 pon. kte just letak dua buah tu jelaa.. pon dah sedap gila! pestaim buat dan BERJAYA!!! happy gilaa okay. pagi buat petang tu jugak dah habis.. anak2 buah kte bukan main suka lagi siap request soh kte buatkan lagi pavlova nie.

macam nie jela rupa anak2 buah kte makan. dorang tak suka buah yg masam2..
rasa meringue tu yg paling BEST. just makan macam tu jadikan keropok pon sedap. haha

so korang2 yg belom penah try buat pavlova nie sendiri boleh laa try. selalu kalau beli mesti manis tahap nak kena potong kaki punyer kan? kalau buat sendiri korang boleh ikut kehendak dan nafsu korang. macam kte kureng laa kalau terlalu manis. so kte kurang kan sikit gula yg 3/4 cawan tu ker setengah cawan sahaja. itu pon dah manis tahap sweet2 jer tade macam rasa nak kene potong kaki. tamoh laa sampai camtu. kaki nie nak guna seumur hidup oii.. sayangi lah kaki anda wahai korang2 semua. haha

okbye!

Sunday 19 January 2014

jom pergi full house! seronok tau :)

assalamualaikum

nie entry yg sepatutnyer kita update tahun lepas.
tapi sebab kan kita nie terlalu rajin sangat kan nak mengupdate.
so update lah pada tahun ini. hahaha
jom kita BALING KER BELAKANG YOKK ~


kita nak share something. berkenaan dengan title entry nie kan. apa itu FULL HOUSE? adakah ia RUMAH PENUH? haha.. mybe jugak lah kan rumah penuh time2 tertentu.

SEBAB ?!?
FULL HOUSE nie sebenarnya restaurant. hehe


nie lah rupa full house restaurant. gambar daripada luar tu tak dapat nak di selamat kan. sebab hari tu format TAB terlupa nak save gambar. pandai kan! grrr. so semua gambar kat sini daripada henfon kita sahaja. 


kat mana restaurant full house yang kita pergi nie?










kat sini


SETIA CITY MALL !!
nie adalah gambar google okay. not me yg snap cecantik macam nie. hehe

mungkin ada yang baca nie dah pernah pergi. dan mungkin jugak ada yang belum. so bagi yang belum pergi tu kan tak rugi pon okay kalau nak try makan kat sini. sangat tak RUGI ! ini siyes ~ sebab apa? jap lagi kita bagi tahu yea..


ini adalah model kita pada hari itu okay. dah lama dah pon pergi FULL HOUSE nie. tapi ler nie baru makcik nak update. haha. cantikkan kat dalam restaurant nie?






 haha. betul2 posing kan minah nie.. so orang yg datang kat restaurant nie sementara tunggu makanan sampai boleh laa cuci2 mata dulu ker. snap2 gambar dulu ker..
 nampak tak ada sofa merah tuh? dan nampak tak belakang sofa merah tuh? yang itu tempat dia jual2 baju or barang2 dia. pon korang boleh pergi tengok2.
 yang tengah berdiri tu adalah waitress kat restaurant nie. comel kan baju dia. haha



kalau nak tahu nie adalah keadaan masa sampai dan sementara tunggu makanan sampai. ada budak kat belakang tu tengah hangin. tah kenapa tetiba ribut petir dia datang. habis huru hara sekejap.

SEKEJAP JELAA.. haha
meh tengok makanan2 yang kami order :)

ini ikan apa tah nama dia. in english pon nama dia mcm tak berapa nak biasa dengar. bila tanye orang yg amek order tu pulak. jawapan dia adalah tak tahu jugak. pastu dia main agak2 jer.. cettt, mana boleh acamtu tau. dia sepatut nyer tahu nama2 dan jenis2 makanan yang ada dalam menu so bila guess tanye dia boleh jawab. ehhh, tetiba hangin pulak. tapi tape lah ~ mama still nak try jugak sebab tengok kat gambar tu macam sedap je kan. dan hasil nyer memang sedap! tak menyesal cuba..


nie pulak steak kakak kita. pon sedap giles! portion dia mcm bukan untuk seorang yg makan. sebab banyak. 

yg ini pulak chicken chop kita punyer.. pon portion dia banyak. makan memang kene kongsi2. tapi kami mmg suka makan kongsi2. kiranya 1 jenis makanan semua rasa. sharing is caring kan. hehe

ini pulak spaghetti pilihan si mudak tesik dua orang.
nampak tak muka excited dia nak makan. tak sempat pon nak snap gambar makanan tu jer. haha


ini pulak rupa budak yang angin tak menentu tu tadi. haha. time nie dah okay sebab febret food dia dah sampai.. comot terus muka dia.. cettt ~

1) minuman yang kami order. nama satu2 tu tak hingat la pulak. haha
2) our dessert PUDING. sedap sesangat2 nyer. tapi yg nie portion dia sikit (T.T)
3) yang nie air kita. kita hantu coffee sangat! dan dalam tu dia letak cincau.
4) nie air mama sebab dalam tu ada buah laici. cer tengok sudu2 dalam cawan tu. comel giles!!

ini memang senantisa berlaku. air ku air mu jua. haha. air kita mmg akan selalu jd kesukaan dorang jugak.. sabau jelaa.. haha


habis jer makan kita kene jaga mudak yg paling tesik sekali (en.aqil)

en.aqil nie suka sangat tengok makanan tau. pantang nampak orang makan. nanti dia pandang jer. haha. kesian dia. mesti dia tak sabar nak makan. tunggu umur masuk 6 bulan yea sayang. lagi sebulan jer nie..


aktiviti lepas makan dan lepas membayo. kat luar kedai nie lawa sangat. ada kereta lah, air terjun lah. so boleh laa amek gambar2 kat situ..
no wonder laa ramai org yang masuk kat dalam restaurant nie.

so ini jelaa cerita pasal RUMAH PENUH nie haa.. hehe
so bagi yang belum pernah datang tu cer cuba try makan kat sini.
tapi lain orang lain tekak kan.
mybe ada yang suka ada yg tak suka.
bagi kita yang febret memang WESTERN nie memey suka gila lah cerita nyer.
(^_^)


nah nie cer tengok muka budak cheeky nie.
kalau kat dalam kereta acamnie laa. tanak duduk elok2.
bila marah start lah hangin dia datang.
better bio kan ajer apa dia nak buat.

yang nie paling senang nak di bawak jalan. mybe sebab kecik lagi kot. masuk kereta mata terbukak. dah lama sikit kereta bergerak start lah lelap.

happy sungguh muka dia bila di bawak jalan.
omeyy sangat nih! (^_^)



terima kasih semua sbb view blog kita :)


Monday 13 January 2014

yang pertama untuk 2014 :)

Assalamualaikum :)


ini lah entry pertama untuk tahun nie.. still nak ucapkan selamat tahun baru dan berharap tahun nie akan jadi lebih baik daripada tahun sebelum nie. so apa yg dah jadi pada tahun 2013 tu jadi kan semua tu sebagai kenangan terindah. bagi yg perkara2 yg tak best tu delete jer laa daripada memori. tak pon jadi kan benda tu sebagai pengajaran dan jangan ulang lagi perkara yg tak baik itu ker tahun baru ini..

so tahun pon makin meningkat usia.. apa tah lagi usia bg kita2 nie kan? konpem laa meningkat tua jugak.. so makin hari makin tua, otak pon kene lah matang kan. fikir cara orang yg dah besar berfikir. jangan still nak jadi budak kecik jer.. *remind utk diri sendiri sebenarnya* hihi

untuk tahun 2014 nie kan.. umur kita dah pon ker 22 tahun pada 8 januari hari tu..fuyooo ~ sangat tak sangka yg kita dah pon 22 tahun.. kekadang kita sendiri nie boleh konfius umur kita berapa. sebab apa tau, kita asek rasa yg umur kita nie still 20 tahun lagi.. haha.

kekadang tu jugak kita akan rasa tak percaya sesangat yg umur kita dah 22 tahun. bila sebut jer 22 tu kita akan automatik sebut TUA! "eee, sekejap nyer dah tua! nak sweet 20 lagi" ~ nampak tak betapa tak senonoh nyer perangai kuh ini.. (-..-)"

apa2 pun kita akan berdoa semoga segala impian utk tahun ini akan tercapai. sebagai seorang penganggur terhormat macam kita nie yg baru habis belajar tapi just tanam anggur kat rumah, harus laa menanamkan semangat kat jiwa dan raga utk RAJINKAN DIRI KELUAR RUMAH DAN CARI KERJA!

bagi yg tak kenal kita nie.. meh kita habaq mai sat.. kita nie adalah orang yg paling malas nak keluar rumah.. tapi jangan salah faham! tade laa kita langsung tak keluar. keluar laa jugak berjalan. akan tetapi kerajinan nak keluar tu bila FAMILY yg ajak. kalau kawan yg mengajak kita keluar tu, selalu nyer kita akan malas nak join. kita tahu ada gak kekawan yg tak puas hati ngan kita dalam bab berjalan nie. tapi nak buat macam mana?

al-kisah nyer begini ~ dulu kecik2 kita adalah orang yg paling susah utk dapat permission keluar berjalan dengan kawan2 (time sekolah dulu laa). tapi kawan2 kita yg lain senang jer masa zaman sekolah dorang nak keluar berjalan jauh2 sampai naik bas naik LRT bagai.. kita nie tak payah cakap laa.. memang susah. baru jer cakap nie "mama esok nak keluar dengan kawan boleh?" tu jer soalan kita.. tapi jawapan yg mama berikan tu panjang lebor.. dah laa tu kene soal siasat lagi.. sudah nyer jawapan yg keluar adalah NO!

conclusion nyer sekarang.. kita dah terbiasa melekat kan rumah. bila kawan ajak kita sendiri akan memberi 1001 alasan utk tanak keluar. haha. alamak macam terbocorkan rahsia sendiri jer! tapelah ekk ~ HALAL kan jer! tapi tapi tapi!!! kita still ingat kekawan lama kita masa sekolah. rindu kot masa sekolah dulu. rasa macam nak putarkan balik jer masa nie ker zaman sekolah dahulu kala.. tskk :'(

kita dan baby aqil yg supper dupper comel! <3 span="">

ok laa ekk! insyaallah kalau rajin kita up lagi  entry baru..
kalau malas,, cerita nyer bulan2 depan or tahun depan baru kita update..
bhahaha ~

byeeee :)